Saturday, October 9, 2010

LIM GUAN ENG LEGA PAS BANTU HALAU MELAYU DI PULAU PINANG


BENARKAH HARI INI LIM GUAN ENG MENGUASAI TANAH-TANAH DI NEGERI PULAU PINANG,WALAUPUN UNTUK TUJUAN BERKAITAN YANG MELIBATKAN MAINPP?

PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.
"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

INI NAMPAK SANGAT LIM GUAN ENG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI SIFAT PERKAUMAN YANG BEGITU TINGGI.

Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata. Dalam beberapa kenyataan beliau,hanya nama Al-Azhar disebut sebagai salah satu universiti yang menjadi CADANGAN,sebaliknya langsung tidak menyebut Nanyang Universiti.

1 comment:

  1. Tahniah Bromalaya, rajin-rajin posting. blog sdr telah dipaut/list http://suaramajlis.blogspot . com atau http://melayurayadaily.blogspot.com

    ReplyDelete