Thursday, October 21, 2010

PAS DULU DAN KINI

LUDAH KELANGIT JATUH ATAS MUKA SENDIRI

1. Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)



KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

APA KATA ANDA?!



2. Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.



KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

APA KATA ANDA?!



3. PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”



KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

APA KATA ANDA?!



4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? ”



KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

APA KATA ANDA?!


5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.



KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

APA KATA ANDA?!



6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”



KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

APA KATA ANDA?!



7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.



KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

APA KATA ANDA?!



8. PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

APA KATA ANDA?!



9. PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.



KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

APA KATA ANDA?!



10. PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

APA KATA ANDA?!



11. PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

APA KATA ANDA?!



12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.



KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

APA KATA ANDA?!





13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.



KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

APA KATA ANDA?!



14. PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara



KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

APA KATA ANDA?!



15. PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”



KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

APA KATA ANDA?!



16. PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”



KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

APA KATA ANDA?





17. PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

APA KATA ANDA?



18. PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).



KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

APA KATA ANDA?!



19. Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.



KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

APA KATA ANDA?!



20. PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam!



KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

APA KATA ANDA?!



21. PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.




KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

APA KATA ANDA?!

Monday, October 11, 2010

C.A.T CARA LIM DAN KONCO-KONCONYA

Guan Eng Bohong Lagi! Naikan Tarif Air Untuk Kesejahteraan Pemimpin Pakatan.

Kerajaan dibawah kepimpinan ketua menteri paling corot dalam sejarah negeri Pulau Pinang,memang layak digelar negeri berkebajikan.


Prihatin terhadap nasib beberapa kerat pimpinan cecorot Guan Eng lidah bercabang telah membela mereka dengan menaikkan tarif air.Rakyat Pulau Pinang yang mengundi pakatan sememangnya sanggup menanggung kebajikan pemimpin pakatan dengan kenaikan tarif air.



Kenaikan elaun lembaga pengarah PBA semenjak kerajaan Sosialis memerintah membuktikan Guan Eng  menjaga nasib diri beliau dan kroni kroninya

Saturday, October 9, 2010

LIM GUAN ENG LEGA PAS BANTU HALAU MELAYU DI PULAU PINANG


BENARKAH HARI INI LIM GUAN ENG MENGUASAI TANAH-TANAH DI NEGERI PULAU PINANG,WALAUPUN UNTUK TUJUAN BERKAITAN YANG MELIBATKAN MAINPP?

PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.
"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

INI NAMPAK SANGAT LIM GUAN ENG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI SIFAT PERKAUMAN YANG BEGITU TINGGI.

Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata. Dalam beberapa kenyataan beliau,hanya nama Al-Azhar disebut sebagai salah satu universiti yang menjadi CADANGAN,sebaliknya langsung tidak menyebut Nanyang Universiti.

PAS tak tau wang ihsan tu duit judi?????



Rakyat Negeri Pulau Pinang yang menerima wang Ihsan hasil judi hari ini berasa was-was dan mengembalikan semula wang tersebut.Penyerahan wang bukan hanya rakyat Pulau Pinang malah penyokong kuat Pakatan Rakyat atau pakatan penipu juga menyerahkan kembali.

Persoalannya: Dimana pemimpin PAS dan ahli2 PAS pulau Pinang sebelum ini sehingga hari ini baru mengetahui wang ihsan yang di berikan di ambil dari hasil judi.Mungkin puak2 PAS di Pulau Pinang tak tahu dari mana wang yang Lim Guan Eng ambil untuk di berikan kepada rakyat.Kalau macam ni la sifat pemimpin PAS yang pentingkan diri tak payah la jadi pemimpin.Isu haram halal pun dah takut nak bercakap dah di
 Pulau Pinang.Puak2 ni tak tau ka dari mana?,berapa? yang LIM Guan Eng dapat.Entah-entah masuk poket pun belambak.....eeeeeeee boneka..boneka...

Adakah pas ni takut nak bersuara,atau pentingkan agenda politik saja,pentingkan poket pemimpin2 lepa,hebat atas pentas ceramah ja puak niiiiiiiiiiiiii

Dah buat tak mau mengaku



Tengok reaksi orang yang sedang berbohong!

Bertungkus lumus dan terkial kial gerembolan  haprak Pakatan Rakyat termasuk PAS menjawap kembali pembohongan Guan Eng, Isu wang unsur judi kini menjadi barah juak haprak di Pulau Pinang.Orang melayu sudah muak dengan pembohongan dan penganaiyaan yang dilakukan oleh kerajaan sosialis .

Bukan saja Ketua Menteri berlidah biawak berbohong kononnya tidak pernah mengunakan wang unsur judi dalam mana mana program mereka,malah beliau berbohong lumba kuda tidak ada unsur judi.

Pisau melihat secara keseluruhannya kerajaan di bawah ketua menteri paling corot dalam sejarah diperintah dengan penuh pembohongan dan tipu daya. Fakta yang direka reka tanpa bukti yang sahih.Hinggakan ada yang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

Mengapa rakyat memulangkan wang ?Ini kerana kesemuanya sudah menimbulkan syak,maka adalah lebih eloknya mereka memulangkan kembali agar tidak bersyubahat malah dalam isu ini golongan warga mas tidak mahu diperbodohkan dengan bantuan yang hanya 28sen sehari.

Sudahlah berbohong,beliau mengugut pula pemilik kelab lumba kuda untuk mendapatkan wang.




Terkini: GUAN ENG JUDI GUAN ENG JUDI

 Kerana pembohongan yang kerap  memperbodohkan rakyat,Ketua menteri paling corot dalam sejarah negeri di sambut kepulangannya dari Australia dengan bantahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 9 malam tadi.


Sejak terdedahnya pembohongan dan temberang Guan Eng yang semua orang tahu beliau tidak mengakui menggunakan wang unsur judi dalam mana mana programnya,rakyat Pulau Pinang telah membuat bantahan diserata cerok negeri.

Guan Eng bersama Dr Mansor dan gerembolan chauvanist ultra kiasu tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 9 tadi disambut oleh lebih kurang 30 orang kumpulan anak muda melayu Pulau Pinang dengan mengadakan demonstrasi secara aman kerana tidak berpuas hati diatas pembohongan dan memperbodohkan umat Islam yang kerap kali dilakukan oleh Guan Eng  di hadapan balai pelepasan tingkat atas.

Guan Eng bersama rombongannya keluar dari pintu keluar VIP disambut dengan laungan 
perkataan 'Pembohong' ,'LIM Guan ENg Penipu',' Kencing
 Kepala Basah' serta' Melayu Pembelot' yang dimaksudkan kepada Dr Mansor TKM1.

Rata rata dari pemuda berumur dalam lingkungan 20-30an merentangkan banner yang tertera perkataan 'Lim Guan Eng Dulu Wang Judi Haram,Kini Wang Judi Halal Selamanya-Pembohong dan ada dikalangan mereka turut memegang plakad bertulis 'DAP Bohong,Amal Makruf Nahi Mungkar'

Yang menariknya ketua menteri berlidah biawak bersama rombongan beliau kelam kabut meninggalkan tempat kejadian walaupun ketika itu menyedari ramai wartawan menantikan beliau.Namun chauvanist ultra kiasu sosialis berlidah biawak ini tidak mempedulikan wartawan.

Inilah salah satu sifat pengecut dan bacul Guan Eng hingga tidak berani berhadapan dengan kebenaran dan bersua muka dengan rakyat Pulau Pinang. Inikah kerajaan RAKYAT yang dilaungkan,apabila mendapat bantahan terus melarikan diri dan tidak mempedulikan petugas media yang lama menantikan beliau .

Jangan sokong dahhhhhhhhhhhhhhhhh